BBM3410/18: One Shot Video- Cubaan Kali yang Kedua

One Shot Video- Cubaan Kali yang Kedua


Assalamualaikum wahai pembaca. Ya, awaklah siapa lagi.

Dalam sesi kuliah minggu ke-9 pada hari Isnin baru-baru ini, perbentangan video one shot kumpulan masing-masing diadakan di Dewan Za'ba. Boleh dikatakan menarik juga kreativiti rakaman video dalam kumpulan lain yang dipersembahkan. Berdasarkan penulisan saya sebelum ini mengenai video one shot, kumpulan saya iaitu Jebat Produksi telah membuat rakaman tersebut berdasarkan lagu Amalina nyanyian Santest. Setelah kami persembahkan dalam sesi kuliah, Prof Dr N kata masih tidak berpuas hati dengan rakaman 2 kumpulan daripada 8 kumpulan yang lain. 

Kami tahu kumpulan yang gagal dalam rakaman video one shot salah satu kumpulan saya iaitu Jebat produksi dengan satu lagi kumpulan Nafi Studio. Akhirnya kami tahu dan faham kenapa kumpulan saya tak menepati kretiria video one shot. Silapnya kumpulan saya sebab hanya seorang sahaja yang nyanyi iaitu Izzuddin manakala yang lain termasuk saya hanya membuat situasi lakonan di belakang. 
Lagi pula one video ini perlu ada gerak tari/ kareografi sambil mengikut nyanyian. 

Kami sedar itu silap kami kerana tidak mematuhi apa yang Prof Dr N mahukan. Setelah Prof Dr N memberi hanya 2 kumpulan gagal, ya, kumpulan saya sedar  kesilapan itu. Memang lah kumpulan saya ada sedikit rasa kecewa. Bukan mudah menghasilkan video yang berkualiti dan mengikut cita rasa. lagi pula nak merakam video ini memakan masa juga untuk membuat latihan serta rakaman akhir.

Tapi tak mengapa, kumpulan saya tak akan berputus asa menghasilkan video one shot buat kali ke-2. Baiklah, untuk kali yang ke-2, kumpulan saya telah mengadakan sesi latihan selepas habis kelas keterampilan BM di Dewan Za'ba. Ni antara gambar pihak kumpulan saya saling berkerjasama dan dedikasi membuat video one shot yang baru. hampir 2 jam sesi latihan ini.





Untuk lagu yang kali kedua ini, kami telah menukar lagu serta tema yang lain. Nak tahu lagu apa kali ini, nanti saya akan update semula setelah selesai. Kumpulan saya akanmenjalankan rakaman semula dalam masa terdekat ini.  Akan bersambung lagi untuk kisah ini.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!