BBM3410/18; Cubaan One Shot Kali Kedua Akhirnya Berjaya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman pembaca sekalian.

Baiklah, untuk penulisan blog kali ini saya akan menyambung semula tentang One Shot video yang kami telah rakam buat kali kedua. Pada 15 November lalu, kumpulan saya telah merakam baut kali ke-2 untuk video one shot setelah yang pertama kami gagal untuk mematuhi video yang dipersembahkan gagal. Lagu untuk one shot itu pertama itu bertajuk Amalina nyanyian Santesh. 

Untuk cubaan kali ke-2 one shot video, kami telah memilih tema lagu yang baru iaitu bertajuk Aspalela nyanyian Saiful Apek. Ok, kali kedua ini kami melakukan lain dari yang pertama. Sebelum merakam video pada sebelah petang pukul 5, kami terlebih dahulu berbincang bagaimana untuk mengatur dari segi situasi dan gerak tarian (Kareografi). 

Lokasi yang kami pilih untuk kali ini di Pentas Angsana, Bukit Ekspo UPM. Kami berpendapat di atas pentas itu tidak menarik untuk merakam video, kemudian kami telah memilih tempat lain di sekitar itu. Bukan sekali kami merakam video one shot tidak menjadi, tapi berkali-kali. Saya kira mungkin sampai 6 kali pada hari itu saja kami cuba merakam. Setelah beberapa kali, akhirnya kami berjaya merakam video one shot kali yang kedua hingga sempurna. Berikut adalah gambar semasa rakam video tersebut,

Pentas Angsana di Bukit Ekspo, UPM yang menjadi pilihan lokasi pada awalnya.


Kami membuat tarian mengikut rentak lagu sambil menyanyi



Akhirnya kami memilih lokasi lapang ini bersebelah pentas Angsana.

Team Jebat Produksi. 

Ini saja kami dapat mempersembahkan. Jika ada serba kekurangan dari persembahan kami, kami sudah melakukan yang terbaik mungkin. sekian terima kasih kerana menyelami persembahan kumpulan saya. Wasalam.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!