BBM3410/18: Mempelajari Teknik Photoshop
Mempelajari Teknik Photoshop
Assalamualaikum dan hai pembaca blog saya sekalian.
Bermula pada sesi kelas tutorial minggu ke-5 hingga ke-7, saya memperlajari cara-cara menggunakan software photoshop. Kelas tutorial ini diajar oleh GRF bawahan Prof Dr N. Lupa pula nama GRF yang mengajar dalm kelas tutorial kami hari tu. Dalam kelas tutorial minggu tersebut, kami diajar cara-cara menggunakan sofware photoshop. Tugasan aktiviti kali ialah membuat kalendar setiap bulan pada tahun 2019.
Saya sebenarnya kurang pandai menguasai penggunaan photoshop ini sebab sebelum ini saya tidak pernah belajar asas-asas pengunaannya. Jadi selepas saya mempelajari cara menggunakan photoshop daripada rakan, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui teknik dan cara penggunaan photoshop.
dalam membuat kalendar setiap bulan itu ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti saiz latar belakang berukuran 8.347 inci lebar X 5.983 inci tinggi. Selain itu dari segi layer pula tidak kurang dari 4 layer untuk semua bulan dalam tahun 2019.
Cara membuat kalendar menggunakan photoshop:
Pertama sekali, setkan ukuran latar belakang putih dengan resolusinya 300 berukuran 8.347 inci lebar X 5.983 inci tinggi.
Kemudian masukan gambar berbentuk lanskap atau potret. Seeloknya menggunakan gambar diri sendiri. Pastikan tinggal mempunyai bingkai putih di sekeliling.
Masukan reka letak kalendar yang telah dibuat melalui microsoft word atau publisher. Rekaan kalendar boleh dibuat mengikut kreativiti.
Akhir sekali, taipkan sesuatu kata-kata ungkapan yang sesuai.
Mudah bukan. Itu saja yang saya dapat kongsi pada penulisan blog ini.
Comments
Post a Comment