BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

Tentang Resepi nasi Kerabu


 

Assalamualaikum wahai saudara/i yang setia membaca laman blog saya ni...

Untuk hari ini, saya nak menjelaskan sedikit tentang sesuatu makanan yang dikatakan popular la juga di serata Malaysia ini. Tipulah kalau awak tak kenal nasi yang berwarna biru ini bukan. Hihihi.
Kita semua tahu nasi kerabu sememangnya mat terkenal di negeri belah Pantai Timur terutamanya di Negeri Che Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga a.k.a Negeri Kelantan Darul Naim. Negeri aku la tu...

Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian. Dah jemu dah makan nasi kerabu ni, tapi rasa tak penah puas. Sejak duk jauh ni, lama dah tak makan. Apa-apa pun mak saya pun pandai juga buat nasi kerabu. Huuuuu, sedapnyaaa....

Nasi yang unik dengan warna biru ini adalah terlalu rumit penyediaannya. Oleh itu tidak hairanlah ramai yang lebih suka membeli sahaja daripada membuatnya. Nasi kerabu biasanya berwarna biru. namun ada juga nasi kerabu yang berwarna kuning atau putih. Nasi kerabu yang berwarna biru ini biasanya diambil dari air bunga telang. Alaaa, bunga yang kaler biru keunguan tu, kenal dak? Tapi kebanyakkan nasi kerabu sekarang warna biru sebab menggunakan pewarna biru. Nak rasa atau warna original buat la menggunakan bahan bunga telang. 
Ni la dikenali bunga Telang atau nama saintifiknya Clitorea Ternatea yang menjadi bahan utama untuk membuat nasi kerabu biru.

Manakala nasi kerabu putih pula mengunakan bahan seperti serai dan halia dan dihidangkan bersama kuah tumis. bagi saya, nasi kerabu putih la lebih sedap. Untuk nasi kerabu kuning pula menggunakan bahan pewarna atau boleh juga menggunakan serbuk kunyit. 




Resepi membuat Nasi Kerabu Biru

a) Bahan-bahan nasi:

Beras 1 kg- basuh dan toskan
Air secukupnya
Pewarna biru / air perahan bunga telang
2 helai daun pandan
1 btg serai
3 helai daun limau purut - koyak2kan sikit


Cara membuat:
1.Ramas dan rendamkan bunga telang dalam air secukupnya.Ketepikan.
2.Cuci beras dan rendam seketika.Toskan beras dan masak nasi seperti biasa dengan memasukkan air     bunga telang bersama serai dan daun limau purut dalam periuk.Kacau rata.
3.Tanak hingga nasi masak.
**Boleh juga titikkan pewarna biru jika tidak menggunakan bunga telang.


b) Kuah Tumis:

Santan pekat
7 ulas bawang merah* | (*) kisar
1/2 labu bawang putih*
3 labu bawang besar*
15 tangkai cili kering*
1 cm halia*
1 batang serai | ketuk
1 keping asam keping
2 sudu besar gula
Sedikit gula melaka
2 sudu besar budu
Garam (kena rasa masin dulu)


Cara membuat:
1.Blend semua bahan bertanda (*) kecuali serai diketuk.Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi.Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.
2.Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.Masukkan asam keping, budu dan gula.Jika menggunakan budu dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam.Masak sehingga pecah minyak.


c) Bahan Sambal kelapa:
1 ekor ikan kembung | yg telah direbus dan ambik isi
1/2 biji kelapa | goreng (sangai)
4 ulas bawang merah
2 batang serai
Garam
Gula


Cara membuat:
1.Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit.
2.Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.
3.Tumbuk lagi sekali.Masukkan garam dan gula.


d) Ulam-ulaman: 
Kacang panjang
Kubis
Timun
Daun kesum
Bunga kantan
Bawang besar
Kacang botol
Taugeh

*Hiris halus kesemua ulaman.


e) Lauk Pauk:
Telur masin
Ikan rebus goreng celup tepung
Daging bakar
daging goreng 
Keropok @ keropok lekor
Solok lada
Bawang putih jeruk
Atau apa2 saja yang disukai (yang penting BUDU mesti ada)..
 Boleh juga berlaukan ayam bakar.

Cara menghidang:
1.letakkan nasi dalam pinggan.Masukkan ulam-ulaman diikuti sambal kelapa.
2.Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.
3.Akhir sekali letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.
4.Jika suka letakkan pula sayuran seprti solok lada, bawang putih jeruk dll.

*****
Itu saja cara-cara membuatnya. Rumit bukan, tapi sedap dan enak dimakan.


Kredit resepi daripada: 


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.