BBM3410/18: Kalau Bukan Aku Siapa Lagi
Kalau Bukan Aku Siapa Lagi
Assalamualaikum..
Aku merupakan seorang anak sulung dari 5 beradik. Di sini aku nak bercerita sikit tentang perniagaan ayah aku yang sudah lama diusahakan. Perniagaan yang keluarga aku ni tidaklah besar mana, hanya jenis perniagaan peruncitan trading saja. Sejak dari dulu lagi mak ayah aku usahakan perniagaan ni masa tu pada tahun 1993. Masa tu ayah aku merupakan satu-satunya perniagaan runcit yang ada di kawasan kampung aku. Sejak dulu lagi ramai pembeli berminat nak jadi pelanggan tetap dengan perniagaan ayah aku. Kedai ayah aku ada bermacam jual barangan macam ikan, beras, daging import, gula, minyak dan bermacam-macam lagi. Dulu pernah juga kedai ayah jual sayur dan ikan. Tapi sudah lama tidak jual barang-barang itu sebab takda siapa yang boleh urus. Aku masa tu masih budak lagi, tak pandai nak jual sayur dan ikan. Perniagaan ayah aku ni memang sudah didaftarkan lebih 20 tahun lalu. Bermacam-macam program dan seminar keusahawanan yang ayah aku ikuti. Sijil kursus keusahawanan pun banyak ayah aku dapat.
Barang yang paling utama yang kedai ayah aku jual ayam proses. Ya, ayah aku merupakan penyembelih ayam sejak tahun 1993 lagi di kampung aku. Ayah aku merupakan usahawan yang berjaya pada masa tu. Sampai kantin sekolah pun beli barangan dengan kedai ayah. Dengan perniagaan runcit nilah, aku dan keluarga memperoleh pendapatan untuk sara hidup. Ayah akulah orang pertama kali yang buka kedai runcit di tempat aku membesar.
Ketika empayar perniagaan ayah aku berkembang maju, ramai pelanggan datang membeli. Tu pun 7-8 tahun lepas. Kini perniagaan ayah aku sudah tidak berkembang lagi. Ramai pelanggan tetap lari tidak mahu berurusan dengan ayah aku lagi. Cuma tinggal beberapa lagi pelanggan yang setia membeli. Ayah aku sekarang sudah berumur 50-an, kadang-kadang ayah aku tidak larat lagi berniaga macam dulu. Mak akulah yang banyak membantu di kedai. Dulu memang ada ayah aku mengambil pekerja untuk mengurus penhantaran kepada pelanggan. Tapi kini tak lagi, sebab tak mampu nak bayar gaji. Lagi pun banyak barang-barang di tak mampu nak tambah stok, sebab tak mampu nak bayar kepada pembekal.
Walaupun ayah aku seorang usahawan perniagaan, tapi aku tidak minat dalam menceburi bidang perniagaan. Aku lebih suka bekerja dalam sektor lain nanti Aku tolonglah juga ayah aku mengurus perniagaannya. Walaupun aku sudah lama diajar untuk menyembelih ayam, aku sebenarnya masih tak pandai menjadi penyembelih macam ayah aku. Entahlah, rasa kesian pula nak sembelih ayam. Hahaha... Aku hanya mampu tolong pegang sayap dan kaki ayam je la.
Masa zaman-zaman sekolah rendah dan menengah dulu aku sering diperli sebagai penjual ayam. Namun aku dah tak kisah orang lain nak cakap apa. Yang penting aku tetap bangga menjadi anak usahawan perniagaan.
Bila fikir balik, adik beradik aku juga kurang berminat untuk menyambung legasi perniagaan ayah. Jika takda siapa yang sudi, akulah yang akan mewarisi perniagaan itu. Ingin sekali juga aku mahu membina semula perniagaan. Aku mahu kembangkan semula perniagaan ayah aku itu jika aku tiada pilihan pekerjaan lain. Ok lah, ini saja yang dapat aku cerita.
Comments
Post a Comment