BBM3410/18: Keindahan Air Terjun Jelawang, Gunung Stong
Keindahan Air Terjun Jelawang, Gunung Stong
Air Terjun Jelawang, Gunung Stong. Sumber: http://www.orangkelantan.com/air-terjun-jelawang-di-kelantan-paling-tinggi-di-asia-tenggara.html |
Assalamualaikum dan apa khabar yang mengujungi blog sy ni.. Moga sihat waafiat selalu hendaknya..
Untuk kali ni sy nak jelaskan tentang sesuatu tempat yg dikatakan menarik di Kelantan dan boleh dikatakan antara tempat yang popular juga lah. Saudara/i pernah pergi tak ke Terjun Jelawang, Gunung Stong yang terletak di Dabong, Kuala Krai? Tahukah anda, air terjun Jelawang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ini kira-kira 303 meter di puncak Gunong Stong. Lagi pula gunung ni terletak di sebelah Gunung Ayam.
Apa yang menarik tentang air terjun ini adalah aliran airnya bukanlah seperti air terjun yang lain sebaliknya airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi. Sesiapa yg datang ke sini memang akan rasa memukau jiwa dengan keindahan panorama, ekologi flora fauna dan lanskapnya. Gunung Stong ni banyak dah taman rekreasi dan penginapa yg dijaga.
Masih ingat ingat lagi pertama kali melawat ke sini pada tahun 2012, tu pun lawatan untuk pelajar sekolah menengah yg ambil subjek geografi. Sy sebagai pelajar geografi tingkatan lima masa tu. Lawatan ni hanya melibatkan dua kelas saja khususnya utk pelajar tingkatan 4 dan 5. Tu antara kenangan yang lalu. Rasa nak pergi lagi lah nanti.
Ok, berbalik pada topik utama, panorama air terjun jelawang di Gunung Stong boleh dikatakan mempersonakan jiwa lebih-lebih lagi apabila berada di punca Gunung Stong. Boleh lihat gumpalan awam. Airnya yang gelongsor tu jernih dan sejuk. Lagi pula air terjun Jelawang ni ada 7 tingkat. Tapi hati-hatilah yg tak pandai berenang tu kerana ada lubuk dalam di sini.
Beberapa tempat menarik boleh dilawati di sekitar Kem Baha Gunung Stong seperti Gua Rantai, Air Terjun Kolam Puteri, Telaga Tujuh dan Air Terjun Dua Gunung. Bagi yg suka aktitivi mendaki, Kem Baha antara tempat sering menjadi pilihan. Di sinilah tempat yg digelar "The Last Waterfall" kerana pertembungan dua sungai antara Gunung Stong dan gunung Ayam.
Sampai sini lah dulu tentang penceritaan tempat. Kalau nak tau sendiri tempat ni macam mana, datanglah ke sini nanti ya. Pasti anda akan rasa berpuas hari dengan panorama di air terjun Jelawang, Gunung Stong. Ni antara gambar di gunung itu. Wasalam.
Pemandangan di puncak Gunung Stong |
Comments
Post a Comment