BBM3410/18: Minggu 7-Rakaman One Shot Video

Minggu 7-Rakaman One Shot Video

Dalam minggu ni Prof Dr N memberi sesuatu tugasan yang boleh dikatakan agak mencabar juga lah. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki membuat rakaman  One Shot Video. Oleh itu, Setiap ahli kumpulan perlu memilih 1 lagu untuk mejalankan rakaman video ini. 

Dalam rakaman video ini, hanya satu kamera sahaja diletak tanpa menggerakan ke mana-mana arah. Sebelum pelajar mejalankan aktiviti ini, Prof Dr N terlebih dahulu menerangkan cara-cara merakam video ini. Nampak macam mudah, tapi bila buat memerlukan masa yang panjang untuk berbincang dari segi pemilihan lagu, latar belakang situasi, gerak tarian, peralatan audio dan pemilihan tema pakaian. Apa pun kumpulan saya Iaitu Jebat Produksi tetap cuba melaksanakan tugasan aktiviti ini. 

Sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman, kumpulan kami telah bersepakat untuk melaksanakan aktiviti ini. Lagu bertajuk Amalina nyanyian Santesh menjadi lagu pilihan. Lokasi yang kami iaitu di bukit Ekspo, UPM. sebelum rakaman video one shot dibuat, kami terlebih dahulu mengambil masa untuk berlatih. 

Pada pagi hari Khamis iaitu 25 Oktober, kami merakam berkali-kali untuk menghasilkan video ini menarik. Dan akhirnya, kami berjaya melakanakan dengan sebaik mungkin. Setelah itu, saya sebagai editor video akan menyunting semula video yang telah dirakam itu. 

begitu tugasan aktiviti kumpulan saya jalankan. Sekian terima kasih.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!