BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

Selamat Datang ke Halaman Muka Buku Saya


Assalamualaikum dan salam sejahtera kerana sudi mengunjungi ke halaman blog saya ni.

Lama dah saya tak update di sini kerana sibuk dengan Projek Ilmiah Tahun Akhir utk saat-saat akhir ni. Baiklah, untuk posting kali ni tentang laman Muka Buku a.k.a Facebook. Tipulah kalau masing-masing takda akaun Fb sendiri. Mesti ada kan walaupun jarang pos sesuatu dalam Fb. Tapi saya ni jenis aktif posting sesuatu dalam Fb berbanding dalam Instagram atau Twitter. Kerana dalam Fb ni macam-macam ada. 

Ni haa laman Fb saya yang telah sekian lama saya cipta.


Nak tahu lebih lanjut ttg profil fb boleh click link bawah ni.


Baru-baru ni pesyarah saya iaitu Prof Dr Normaliza meminta pelajarnya termasuk saya untuk mengepos 2 gambar berserta kapsyen dalam status Fb. Jadi, apa yang saya kongsikan dalam fb baru-baru ni mengenai pengalaman dan kenangan yang saya dapat dari hasil didikan beliau. Seperti saya dah cerita sebelum ini mengenai kelas Multimedia dalam Bahasa, kuliah beliaulah amat sibuk sekali dengan segala tugasan yang diberi. Post dalam blog la, buat kalendar la, shoting video dan fotografi la. Ok, di bawah ini adalah posting saya yang dimuat naikkan dalam halaman fb saya. Yang kat sebelah saya tu, tu lah prof saya yang mengajar kursus multimedia yang selalu saya cerita dalam blog ni. 

Nampak je tegas dalam kelas, tapi sporting orangnya. Masa nak bergambar atau selfie bersama, Prof Dr N tak selalu mengelak. Tapi susah nak jumpa la juga nak bergambar je pun. Tapi masa nak bergambar, macam-macam boleh buat gaya masa bergambar dgn beliau.😂😂 Hahaha



Memandangkan banyak benda saya belajar dalam kelas BBM3410 Multimedia dalam Bahasa, Prof selalu kata kita mesti redha dengan apa yang dapat. Redha  ni maksud kita kena ikhlas menerima sesuatu. Saya telah lama redha dengan hati terbuka jika setakat itu saja saya dapat. Terima kasih prof kerana banyak mencurah ilmu kepada kami. Jasamu akan dikenang selamanya. 🌹👍

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!