BBM3410/18: Aku Mahu jadi Penulis Karya

Aku Mahu jadi Penulis Karya


Assalamualaikum wbt wahai saudara/i yang mengunjungi blog sy ni. 

Di malam yg keheningan ini, jari-jemariku tidak terhenti-henti menaip dan mengarang tugasan-tugasan yg akan dihantar masa terdekat ini. Al maklumlah dah berada di perhujung semesta belajar. Sibuk yang amat. Tapi aku usaha juga log in masuk dalam blog aku yang boleh katakan hambar jugalah. Hahahaha, just kinding. 😂

Baiklah, untuk penulisan blog kali ni, aku nak bercerita sikit tentang impian aku ni. Berdasarkan tajuk tu saudara/i yang baca posting blog aku ni, ya memang aku ada impian nak jadi penulis karya buku. Kita semua sudah tahu bukan, nak jadi penulis ni bukanlah mudah. Kena banyak pengalaman atau membaca sesuatu teks hasil karya orang lain punya. Kalau ada bakat menjadi penulis bagus juga, dapat menjana kewangan nanti melalui pengedaran buku-buku yang kita karang.

Kadang-kadang tu ada juga rasa minat nak jadi pengarang sesuatu karya atau manuskrip kemudian diterbitkan. Tapi satu je yang masalah dan halangan yang aku hadapi iaitu aku ni takda bakat pun menjadi penulis. Saudara/i yang baca blog aku pun faham kan, penulisan blog aku ni menggunakan bahasa yang teruk, tidak gramatis, susunan ayat pun tak betul. Ya, aku akui semua tu.

Aku sebenarnya memang lemah dalam menulis ayat. Setakat ayat budak sekolah ni boleh la lagi. Tapi bila mengarang ayat aras tinggi ni aku ada masalah. Dah beribu-ribu karya atau teks aku baca tak kira bentuk kreatif ke, deskriptif, ilmiah, artikel dan sebagainya. Tapi kalau buku novel-novel cinta yang tebal-tebal tu aku tak minat sangat baca. Aku lebih suka baca bahan lebih ilmiah atau deskriptif macam artikel. 

Antara impian manuskrip yang aku nak terbit, nilah antara tajuk-tajuk manuskrip yang aku nak menulis nanti Tokoh Ilmuwan Muslim, Pertempuran Dasyat Perang Dunia Kedua, Mengenali Pesonaliti Manusia dan Galaksi di Alam Semesta. Haaaa, ni antara tajuk yang aku impikan nak terbit buku. Bila fikir balik, mampukah aku menjadi penulis buku? Entahlah, mungkin hanya angan-angan saja rasanya. Ni antara cover buku yang aku buat sendiri. Yg 2 lagi tu aku dah buat, tapi entah kemana dah. Tak jumpa cari.




Begitulah impian aku. Namun tidak mustahil impian yang kita harapkan tu tidak menjadi kenyataan. Itu saja yang aku nak jelaskan dalam blog aku kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca. Wasalam.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.