BB3410/18 Sajak "Sebuah Layaran Kehidupan"

Assalamualaikum wahai saudara dan saudari sekalian.
 Terima kasih kerana sudi melawati dalam blog aku ini. Walaupun kadang-kadang penulisan aku yang membosankan.👀 Sorry sangat tau. Kihkihkih. 😂😂😂

Baiklah, untuk penulisan blog kali ni, aku tak tau nak naratif, deskriptif atau argumentatif tentang apa. Jadi nak kongsi penulisan kreatif tentang sajak. Sajak ni aku karang sendiri bertajuk "Sebuah Layaran Kehidupan" . Sajak ni sebenarnya aku karang untuk tugasan 3 bagi kursus pemikiran kritis dan kreatif yang aku telah ambil pada semesta ke 5 (2017). Tugasan memang tak susah mana pun hanya cari kamus dewan Edisi Keempat pastu buka mana halaman secara rambang. Alaaa, awak yang baca ni mesti ada pernah ambil dalam kursus ni kan. 

Ok, kemudian letak jari di atas pemukaan halaman kamus tu. Dan hujung jari tu merupakan entri perkataan yang kita pilih untuk mengarang puisi sajak. hanya 2 kali saja tangan boleh diangakat dan hujung jari tu berserta 15 entri perkataan untuk bina sebuah puisi sajak. Tapi hanya 10 entri perkataan yang dipilih.

Seterusnya, apa yang aku dapat dari 2 halaman entri perkataan kamus dewan ni Samudera, sanjung, sarat, sandiwara, sangka, sarang , santai , sanubari, samping, sari, sapi, sangsi, sandang, sapa, dan sanak. Dengan 10 perkataan dipilih tersebut aku dah berjaya karang sebuah sajak. Ni sajak pertama kali yang aku karang sendiri. Yang entri perkataan dalam sajak tu entri yang aku pilih. Nah, cuba bacalah sajak aku niiii

Sebuah Layaran Kehidupan
Dikeheningan senja
Sang mentari ingin melabuhkan tirainya
Kuberdiri dihadapan samudera yang luas
Laksana saujana mata memandang
Alunan sapaan ombak mengasyikan sanubari
Hempasan ombak mendamaikan jiwa
Ditemani sang bayu menghembus lembut ke wajahku
Merenung sejenak memikirkan soal perjalanan kehidupan.

Kuberfikir
Apa yang duniawi bersandiwara ini
Perjalanan di hadapan tiada siapa yang sangka
Dengan dugaan yang bersarang di kalbu
Begitu juga fikiran sarat nestapa
Hingga membuatkan diri berasa sangsi.

Kucuba mendamaikan jiwa
Meskipun onak dan ranjau menanti di hadapan
Kugagahkan jua langkahku
Juga sandangan harapan di bahu
Agar kuat menempuhi dengan layaran kehidupan.

Berbekalkan cahaya petunjuk disamping
yang Maha Kuasa
Kupanjatkan doa
moga dimudahkan perjalanan.

(Muhd Mustaqiim, 2017-UPM)


Ini puisi sajak yang aku karang dulu. Ada makna tersurat dan tersirat yang mungkin membawa saudara berfikir sejenak. Inilah saja yang dapat aku kongsikan dalam blog kali ni. Terima kasih kerana menyelami sebuah puisi sajak yang mungkin meruntun jiwa anda ini. 😊🌹🌹🌹😘

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.