BBM3410/18: Menangkap Gambar berdasarkan Simpulan Bahasa

Menangkap Gambar berdasarkan Simpulan Bahasa


Assalamualikum dan hai. 
Di tengah malam yang indah ini, aku bersekang mata nak karang dalam blog aku ni. Yang lain dah dibuai lena mimpi. Hmmmm, sampai berhabuk dah blog aku ni lama tak update penulisan cerita. Al maklumlah sy ni sibuk sikit dengan tugasan-tugasan lain terutama PITA sampai tak sempat nak jenguk dalam blog ni. 

Baiklah, untuk blog kali ni sy nak update sesi kuliah pada minggu ke6 pada hari isi. Kuliah minggu ni Prof Dr N  bagi tugasan agak menarik untuk dilakukan oleh pelajar. Apa yang perlu dibuat oleh pelajar untuk tugasan kali ni mengenai fotografi simpulan bahasa. Mula-mula fikir nampak macam berat je tugasan ni. Tapi jangan risau, tugasan ni dilakukan secara berkumpulan. Setiap pelajar kelas sy dikehendaki menangkap 10 keping gambar bardasarkan 10 situasi simpulan bahasa. 
📸📸
 Kumpulan sy iaitu Jembat Produksi telah memilih 10 simpulan antaranya

1. Ringan Tangan ✔
2. Pisau Cukur✔
3. Buta Huruf ✔
4. Titik Peluh✔
5. Buah Hati✔
6. Kepala kongsi✔
7. Langkah Seribu✔
8. Kaki pukul✔
9. Kaki pancing✔
10. Alas dulang✔

Seusai saja sesi penerangan dalam kelas oleh Prof Dr N, kumpulan sy dengan saling berkejasama dan dedikasi melaksana tugasan ini. banyak sudut tempat yang kami ambil bagi mengambarkan situasi simpulan bahasa tersebut. Ok, ni hasilnya yang kumpulan kami jalankan,


Simpulan Bahasa Ringang Tangan

Simpulan Bahasa Pisau Cukur

Simpulan Bahasa Buta Huruf

Simpulan Bahasa Titik Peluh
Simpulan Bahasa Buah Hati
Simpulan Bahasa Kepala Kongsi
Simpulan Bahasa Langkah Seribu

Simpulan Bahasa Kaki Pukul
Simpulan Bahsa Kaki Pancing
Simpulan bahasa Alas Dulang

Kemudian, simpualan yang kami laksanakan ini dipersembahkan dalam sesi kuliah seterusnya. Apa pun terima kasihlah ahli group sy kerana bertungkus lumus menjayakan tugasan ini. Good Job 👍👍


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!