BBM3410/18: Merakam One Shot Two Layers Video

Merakam One Shot Two Layers Video

Assalamualaikum saudara/i yang membaca laman blog saya disini.

Huh, tak habis lagi rasa penat. Tetapi saya tetap jua mengarang dalam blog ini. Pada hari ini, seharian ahli kumpulan saya membuat rakaman One Shot Two Layers Video di sekitar fakulti. 

Memandangkan kelas 1 jam kelas minor dibatalkan hari ini, kumpulan saya iaitu Jebat Produksi begitu dedikasi menjalankan rakaman video One Shot Two Layers. Kami mula berkumpul pada pukul 10:00 pagi di tempat yang ingin membuat penggambaran. Sebelum memulakan rakaman video, ahli kumpulan saya membuat perbincangan terlebih dahulu dari segi pembahagian rangkap lagu nyanyian beserta props pengambaran. Lagu yang kumpulan saya pilih iaitu bertajuk Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Mulanya kami ingin membuat video di atas bukit yang sebelah fbmk tu. Kemudiannya, kami memilih bertukar ke tempat lain sekitar fakulti berdekatan parking kereta pensyarah.


Cuma pada sebelah pagi ni seorang ahli kumpulan saya tak datang-datang. Tunggu punya tunggu, dia tak datang jugak. Barangkali masih tidur lagi kut masa tu. Hmmmm, siapa dia yang tak datang sebelah pagi tu, biarlah rahsia untuk kumpulan saya sahaja. hahahaha. Tanpa seorang ahli kumpulan saya, kami yang datang ni tanpa membuang masa terus mengaturkan situasi berserta cara keluar masuk ahli untuk bertukar-tukar menyanyi. Kebetulan datang pula Dr Norazlina melihat gelagat kami ketika shoting video tu. Huhuhu. Mulanya Dr Norazlina hanya melihat pengambaran kami, beliau kemudian melihat dan berpandangan banyak kelemahan yang kami lakukan. Setelah itu beliau kemudian memberi sokongan dan panduan bagaimana untuk menjadikan situasi lakonan bersama nyanyian lagu kelihatan menarik. Tidak lama selepas itu, beliau pun berlalu pergi. Lupa pulak nak amik gambar Dr dengan kumpulan kami berbincang tadi.

Setelah beberapa kali cubaan merakam video ini, akhirnya kumpulan saya mengmbil keputusan untuk pulang kerana seorang lagi ahli tidak dapat datang. Rakaman video sebenar dijalankan semula pada selepas solat Jumaat.


Sesudah solat Jumaat, pada pukul 3 kami berkumpul semula di tempat yang saya untuk merakam video. Kali ini semua ahli kumpulan saya cukup. Kami kemudiannya berbincang semula untuk mengatur gerak serta situasi mengikut nyanyian lagu. 





Beginilah situasi dalam pengambaran video one shot two layers sebelah petang tadi. 



Bukan sekali kumpulan saya merakam video ini tak menjadi, tapi hampir bebelas kali. Bayangkan dari pukul 3:00 petang sampai pukul 5:00, tak tahu beberapa kali kami rakam video ni. Semasa rakam video bermacam-macam masalah yang timbul. haih, kamera telifon habis bateri la, tersalah gerak masuk la, tiba-tiba bunyi telifon orang call la, tripod stand jatuh la. Hmmm, dugaan-dugaan.

Setelah beberapa kali cuba, akhirnya kami berjaya merakam video yang sempurna. Oklah, ini saja yang saya dapat ceritakan tentang ini. Terima kasih kerana sudi membaca.

Comments

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.