BBM3410/18: Kisah Aku Tersesat Keseorangan yang Entah ke Mana

Assalamualaikum wahai teman semua. Moga yang membaca ni sihat sejahtera selalu. Ok, baiklah kali ni aku nak bercerita tentang sesuatu peristiwa dan pengalaman yang tak pernah aku lupakan. 

Nak tau cerita apa? Cerita kali ni mengenai aku pernah tersesat masa bulan ramadhan tahun lalu (2017). Masa tu aku dah habis belajar  semesta 4 tahun. Pada masa tu aku bertolak dari UPM untuk ke rumah Pak sedara aku di Taman Sutera, Kajang Pada pukul 5:30 petang kalau tak silap masa tu aku pun geraklah dengan motosikal. Ni pertama kali aku nak ke rumah Pak sedara aku tu dengan motosikal sendiri. Sebelum aku gerak tu, aku dah call pak sedara aku untuk ke sana. Pak sedara aku kata tau jalan tak, aku pom cakap la, aku tau jalan sebab dah biasa naik kereta dengan dia utk ke rumahnya.

Berbalik dalam cerita tadi, setelah aku hidupkan enjin moto aku, aku pun geraklah ke Kajang. Namun, entah bagaimana aku terlupa jalan yang biasa untuk ke sana. Sedang aku tunggang moto tu aku dah dapat menyangka... aku dah tersesat jalan, entah kemana tempat aku pergi... Dalam hati aku terfikir, ahhhh, kemana aku pergi ni. Kenapa aku macam tak pernah lalu jalan ni...Aku memang dah pandu papan tanda penunjuk jalan dan tempat, tapi aku boleh melencong ke tempat lain. hahaha

Sudah jauh perjalanan tu, aku dah mula gusar dan galau sebab jalan yang aku lalui itu memang aku tak pernah lalu. Aku cuba cari jalan dengan buka location Waze. Sedang aku terliti tu Waze tu aku pun ikutlah jalan yang ditunjukkan tu..Sedang aku jalan berpandu Waze tu, entah kenapa secara tiba-tiba Waze tu kata aku telah tersalah jalan lagi..Aduh, aku semakin gusar, tak tau ke mana aku nak tuju mana lagi..Aku berhenti sekejap di bahu jalan untuk lihat semula location Waze, memang sah salah jalan lagi.. Menyumpah aku di tepi jalan tu sorang. Aku dah tak ingat dah tempat yang aku lalui tu sebab banyak sangat yang tengah serabut fikiran masa tu. Aku berfikir lagi, aku buka aplikasi Google Maps pula harap membantu aku untuk tunjuk jalan. Aku teliti arah yang ditunjuk tu.. Ok aku start enjin motosikal semula, terus memecut laju.. Sambil aku tunggang, ssambil tu aku toleh ke dalam raga motosikal nak lihat location GM tu..Sedar tak sedar aku telah masuk ke highway..Ish, aku terfikir lagi..kenama pula aku pergi ni..Rupa-rupanya aku menujuk ke Klang. patutlah rasa lain macam jalan ni. tak pernah lalu.

Kali ni tersesat lagi. Masa sepatutnya sampai ke Taman Sutera Kajang dari UPM tidak sampai 15minit dengan jarak 12 km saja. Minyak moto yang aku isi penuh kini dah nak aras E. Aku dah tak mampu berfikir lagi. Pak sedara aku pun call, kenapa tak sampai lagi ke rumahnya. Aku jawab panggilan telefon tu, aku dah tersesat tak tau kemana. Pak sedara aku apa marah la, katanya takkan dah tak ingat jalan. Aku nak minta dia bantu, aku sendiri tak tau kemana aku sedang berada. Aku tak mahu menyusahkan dia utk cari aku. Hmmmm, aku kata takpa boleh jalan lagi tengok Google Maps. 

Aku hidupkan semula motosikal aku tu. Aku terpaksa mencari ikhtiar jalan bersendiri. Masa tu hanya kepada Tuhanlah aku berharap dtujukkan jalan. Hari sudah melewati senja, dan ramai pulang untuk berbuka puasa. Jalan mulai jam, aku jalanlah dengan penuh harapan untuk ditemukan jalan pulang. Minyak motosikal aku hampir nak habis..Aku menunggang sambil melihat handfone aku untuk tengok map location. Jalanlah aku membawa diri ditemani rasa harapan jalan pulang..Alhamdulilla, akhirnya aku jumpa jua jalan menuju ke Kajang. Hari sudah melewati senja, aku kini sudah yakin untuk menemui jalan pulang. Hampir pukul 7 baru aku sampai ke apartmen tempak mak dan pak sedara tinggal. Sampai tu ketuk pintu, ternampak sepupu yang masih darjah 6 buka pintu. Sampai tu, pak sedara aku merepek, aku dengarkan aja. Hahahaha. Setelah itu aku dan keluarga aku berbuka puasa sama-sama.

Begitulah pengalaman aku tersesat jalan secara bersendirian. Hmmm, tak tergambar masa tu rasa bingung dan jiwa gundah gulana. Hahaha, apa pun ada juga rasa seronok menjadi rider solo. Dalam peristiwa tu aku dapat pengalaman merantau di negeri orang, Bila fikir balik, best juga dapat merantau di serata tempat, banyak lagi tempat yang belum aku jejaki di bumi ni. Itulah kisah aku yang tak mungkin dilupakan. Terima kasih kerna sudi membaca kisah aku ini. Wasalam


Comments

Popular posts from this blog

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!