Posts

Showing posts from November, 2018

BBM3410/18; Cubaan One Shot Kali Kedua Akhirnya Berjaya.

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman-teman pembaca sekalian. Baiklah, untuk penulisan blog kali ini saya akan menyambung semula tentang One Shot video yang kami telah rakam buat kali kedua. Pada 15 November lalu, kumpulan saya telah merakam baut kali ke-2 untuk video one shot setelah yang pertama kami gagal untuk mematuhi video yang dipersembahkan gagal. Lagu untuk one shot itu pertama itu bertajuk Amalina nyanyian Santesh.  Untuk cubaan kali ke-2 one shot video, kami telah memilih tema lagu yang baru iaitu bertajuk Aspalela nyanyian Saiful Apek. Ok, kali kedua ini kami melakukan lain dari yang pertama. Sebelum merakam video pada sebelah petang pukul 5, kami terlebih dahulu berbincang bagaimana untuk mengatur dari segi situasi dan gerak tarian (Kareografi).  Lokasi yang kami pilih untuk kali ini di Pentas Angsana, Bukit Ekspo UPM. Kami berpendapat di atas pentas itu tidak menarik untuk merakam video, kemudian kami telah memilih tempat lain di sekitar itu...

BBM3410/18: Oh, Kampung Halamanku!

Image
Oh, Kampung Halamanku! Assalamualaikum dan hai teman-teman.  Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menyinggah di laman blog saya ini. Kali ini saya ingin menulis tentang kampung halaman. Pada cuti pertengahan semesta lalu, setiap pelajar yang mengambil kursus multimedia dalam bahasa dikehendaki menggambil 10 gambar suasana di perkampungan masing-masing. Kemudian gambar-gambar perlu dipos dalam Instagram beserta satu kapsyen dari buku 200 Quotes.  Kampung halaman saya terletak di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Di Negeri Che Siti Wan Kembang inilah saya dibesarkan. Alang-alang saya ni orang Kelanta, baik sayo kecek Kelate la seney. Ni lah kampung kito kat Pasir Mas. Kawe suko duk sini sebab memey kawe doh beso duk sini. Lepah maghi UPM ni lah, ambo buleh kecek kolumpur. Bilo oghe lain tanyo kito "kenapa tak macam orang Kelantan pun." Pahtu tok kei nasaboh ambo nok gatung botol budu baru nampok mace oghe Kelate. Hahaha, gurau jah 🤣😂😂. haih, raso rindu p...

BBM3410/18: Merakam One Shot Two Layers Video

Image
Merakam One Shot Two Layers Video Assalamualaikum saudara/i yang membaca laman blog saya disini. Huh, tak habis lagi rasa penat. Tetapi saya tetap jua mengarang dalam blog ini. Pada hari ini, seharian ahli kumpulan saya membuat rakaman One Shot Two Layers Video di sekitar fakulti.  Memandangkan kelas 1 jam kelas minor dibatalkan hari ini, kumpulan saya iaitu Jebat Produksi begitu dedikasi menjalankan rakaman video  One Shot Two Layers.  Kami mula berkumpul pada pukul 10:00 pagi di tempat yang ingin membuat penggambaran. Sebelum memulakan rakaman video, ahli kumpulan saya membuat perbincangan terlebih dahulu dari segi pembahagian rangkap lagu nyanyian beserta props pengambaran. Lagu yang kumpulan saya pilih iaitu bertajuk Teman Pengganti nyanyian Black dan Malique. Mulanya kami ingin membuat video di atas bukit yang sebelah fbmk tu. Kemudiannya, kami memilih bertukar ke tempat lain sekitar fakulti berdekatan parking kereta pensyarah. Cuma pada sebelah pagi...

BBM3410/18 Minggu 9- Membat kalendar menggunakan adobe photoshop

Assalamualaikum Pada hari ini, kelas tutorial multimedia dalam bahasa tiada. Dan pensyarah kami telah mengarahkan pelajarnya untuk mengeopos cara-cara membuat kalendar menggunakan photoshop. Berikut adalah video tutorial cara-cara membuat kalendar. memandangkah dalam laman blog ini tidak boleh dimuat naik video melebihi 100 mb. Jadi boleh lihat dalam you tube yang saya sudah upload situ. Ni linknya. https://youtu.be/BNoTKmYKuks Maaf jika video yang dipaparkan gelap. Terima kasih kerana menonton.....

BBM3410/18: One Shot Video- Cubaan Kali yang Kedua

Image
One Shot Video- Cubaan Kali yang Kedua Assalamualaikum wahai pembaca. Ya, awaklah siapa lagi. Dalam sesi kuliah minggu ke-9 pada hari Isnin baru-baru ini, perbentangan video one shot kumpulan masing-masing diadakan di Dewan Za'ba. Boleh dikatakan menarik juga kreativiti rakaman video dalam kumpulan lain yang dipersembahkan. Berdasarkan penulisan saya sebelum ini mengenai video one shot, kumpulan saya iaitu Jebat Produksi telah membuat rakaman tersebut berdasarkan lagu Amalina nyanyian Santest. Setelah kami persembahkan dalam sesi kuliah, Prof Dr N kata masih tidak berpuas hati dengan rakaman 2 kumpulan daripada 8 kumpulan yang lain.  Kami tahu kumpulan yang gagal dalam rakaman video one shot  salah satu kumpulan saya iaitu Jebat produksi dengan satu lagi kumpulan Nafi Studio. Akhirnya kami tahu dan faham kenapa kumpulan saya tak menepati kretiria video one shot. Silapnya kumpulan saya sebab hanya seorang sahaja yang nyanyi iaitu Izzuddin manakala yang lain terma...

BBM3410/18: Mempelajari Teknik Photoshop

Image
Mempelajari Teknik Photoshop  Assalamualaikum dan hai pembaca blog saya sekalian. Bermula pada sesi kelas tutorial minggu ke-5 hingga ke-7, saya memperlajari cara-cara menggunakan software photoshop . Kelas tutorial ini diajar oleh GRF bawahan Prof Dr N. Lupa pula nama GRF yang mengajar dalm kelas tutorial kami hari tu. Dalam kelas tutorial minggu tersebut, kami diajar cara-cara menggunakan sofware photoshop. Tugasan aktiviti kali ialah membuat kalendar setiap bulan pada tahun 2019. Saya sebenarnya kurang pandai menguasai penggunaan photoshop ini sebab sebelum ini saya tidak pernah belajar asas-asas pengunaannya. Jadi selepas saya mempelajari cara menggunakan photoshop daripada rakan, sedikit sebanyak saya dapat mengetahui teknik dan cara penggunaan photoshop. dalam membuat kalendar setiap bulan itu ada beberapa perkara yang perlu dipatuhi seperti saiz latar belakang berukuran 8.347 inci lebar X 5.983 inci tinggi. Selain itu dari segi layer pula tidak kurang dar...

BBM3410/18: Minggu ke-6 Berkicau dalam Akaun Twitter

Image
Berkicau dalam Akaun Twitter Assalamualaikum dan hai awak. Dalam minggu tersebut, pensyarah saya iaitu Prof Dr N mengarah pelajarnya untuk mencipta dan mengicau posting  dalam akaun twitter masing. Jadi setiap pelajar di bawahnya perlu menyediakan akaun twitter atau boleh juga menggunakan akaun twitter yang sedia ada. Saya pun dah ada akaun twitter yang sudah lama di create. Jadi tak perlu lah saya membuat akaun yang baru. Baiklah, apa yang saya berkicau dalam ni, Ini saja yang saya dapat kongsi dalam blog ini. Wasalam

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

Image
Tentang Resepi nasi Kerabu   Assalamualaikum wahai saudara/i yang setia membaca laman blog saya ni... Untuk hari ini, saya nak menjelaskan sedikit tentang sesuatu makanan yang dikatakan popular la juga di serata Malaysia ini. Tipulah kalau awak tak kenal nasi yang berwarna biru ini bukan. Hihihi. Kita semua tahu nasi kerabu sememangnya mat terkenal di negeri belah Pantai Timur terutamanya di Negeri Che Siti Wan Kembang Tanah Serendah Sekebun Bunga a.k.a Negeri Kelantan Darul Naim. Negeri aku la tu... Ia merupakan makanan yang sering di sajikan untuk sarapan pagi, makan tengahari, atau sebagai hidangan keramaian. Dah jemu dah makan nasi kerabu ni, tapi rasa tak penah puas. Sejak duk jauh ni, lama dah tak makan. Apa-apa pun mak saya pun pandai juga buat nasi kerabu. Huuuuu, sedapnyaaa.... Nasi yang unik dengan warna biru ini adalah terlalu rumit penyediaannya. Oleh itu tidak hairanlah ramai yang lebih suka membeli sahaja daripada membuatnya. Nasi kerabu biasa...

BBM3410/18: Minggu 7-Rakaman One Shot Video

Minggu 7-Rakaman One Shot Video Dalam minggu ni Prof Dr N memberi sesuatu tugasan yang boleh dikatakan agak mencabar juga lah. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki membuat rakaman  One Shot Video. Oleh itu, Setiap ahli kumpulan perlu memilih 1 lagu untuk mejalankan rakaman video ini.  Dalam rakaman video ini, hanya satu kamera sahaja diletak tanpa menggerakan ke mana-mana arah. Sebelum pelajar mejalankan aktiviti ini, Prof Dr N terlebih dahulu menerangkan cara-cara merakam video ini. Nampak macam mudah, tapi bila buat memerlukan masa yang panjang untuk berbincang dari segi pemilihan lagu, latar belakang situasi, gerak tarian, peralatan audio dan pemilihan tema pakaian. Apa pun kumpulan saya Iaitu Jebat Produksi tetap cuba melaksanakan tugasan aktiviti ini.  Sebelum masing-masing pulang ke kampung halaman, kumpulan kami telah bersepakat untuk melaksanakan aktiviti ini. Lagu bertajuk Amalina nyanyian Santesh menjadi lagu pilihan. Lokasi yang kami iaitu di bukit Ekspo,...

BBM3410/18: Kalau Bukan Aku Siapa Lagi

 Kalau Bukan Aku Siapa Lagi Assalamualaikum.. Aku merupakan seorang anak sulung dari 5 beradik. Di sini aku nak bercerita sikit tentang perniagaan ayah aku yang sudah lama diusahakan. Perniagaan yang keluarga aku ni tidaklah besar mana, hanya jenis perniagaan peruncitan trading saja. Sejak dari dulu lagi mak ayah aku usahakan perniagaan ni masa tu pada tahun 1993. Masa tu ayah aku merupakan satu-satunya perniagaan runcit yang ada di kawasan kampung aku. Sejak dulu lagi ramai pembeli berminat nak jadi pelanggan tetap dengan perniagaan ayah aku. Kedai ayah aku ada bermacam jual barangan macam ikan, beras, daging import, gula, minyak dan bermacam-macam lagi. Dulu pernah juga kedai ayah jual sayur dan ikan. Tapi  sudah lama tidak jual barang-barang itu sebab takda siapa yang boleh urus. Aku masa tu masih budak lagi, tak pandai nak jual sayur dan ikan. Perniagaan ayah aku ni memang sudah didaftarkan lebih 20 tahun lalu. Bermacam-macam program dan seminar keusahawanan yang ay...

BBM3410/18: Minggu Ke-4-Aktiviti Secara Online.

Image
Minggu ke-4 Assalamualaikum dan salam Sejetera..... Pada minggu ini, saya ketiadaan kelas kerana pensyarah ke luar negara kerana ada urusan. Jadi, kuliah minggu ini takdalah dalam kelas. memandangkan seminggu kelas takda, pensyarah meminta pelajarnya untuk melakukan tugasan secara online dalam Putra Blast. Tugasan kali ini pensyarah menyediakan  2 soalan mengenai persepsi media sosial. Ok, tugasan kali ini memang tidak  terlalu berat. Berikut adalah merupakan dari jawapan saya.

BBM3410/18: Keindahan Air Terjun Jelawang, Gunung Stong

Image
Keindahan Air Terjun Jelawang, Gunung Stong Air Terjun Jelawang, Gunung Stong. Sumber:  http://www.orangkelantan.com/air-terjun-jelawang-di-kelantan-paling-tinggi-di-asia-tenggara.html Assalamualaikum dan apa khabar yang mengujungi blog sy ni.. Moga sihat waafiat selalu hendaknya.. Untuk kali ni sy nak jelaskan tentang sesuatu tempat yg dikatakan menarik di Kelantan dan boleh dikatakan antara tempat yang popular juga lah. Saudara/i pernah pergi tak ke Terjun Jelawang, Gunung Stong yang terletak di Dabong, Kuala Krai? Tahukah anda, air terjun Jelawang merupakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Ketinggian air terjun ini kira-kira 303 meter di puncak Gunong Stong. Lagi pula gunung ni terletak di sebelah Gunung Ayam. Apa yang menarik tentang air terjun ini adalah aliran airnya bukanlah seperti air terjun yang lain sebaliknya airnya mengalir dari celah-celah batu yang tinggi. Sesiapa yg datang ke sini memang akan rasa memukau jiwa dengan keindahan panorama, ekologi fl...

BBM3410/18: Aku Mahu jadi Penulis Karya

Image
Aku Mahu jadi Penulis Karya Assalamualaikum wbt wahai saudara/i yang mengunjungi blog sy ni.  Di malam yg keheningan ini, jari-jemariku tidak terhenti-henti menaip dan mengarang tugasan-tugasan yg akan dihantar masa terdekat ini. Al maklumlah dah berada di perhujung semesta belajar. Sibuk yang amat. Tapi aku usaha juga log in masuk dalam blog aku yang boleh katakan hambar jugalah. Hahahaha, just kinding . 😂 Baiklah, untuk penulisan blog kali ni, aku nak bercerita sikit tentang impian aku ni. Berdasarkan tajuk tu saudara/i yang baca posting blog aku ni, ya memang aku ada impian nak jadi penulis karya buku. Kita semua sudah tahu bukan, nak jadi penulis ni bukanlah mudah. Kena banyak pengalaman atau membaca sesuatu teks hasil karya orang lain punya. Kalau ada bakat menjadi penulis bagus juga, dapat menjana kewangan nanti melalui pengedaran buku-buku yang kita karang. Kadang-kadang tu ada juga rasa minat nak jadi pengarang sesuatu karya atau manuskrip kemudian ...

BBM3410/18: Menangkap Gambar berdasarkan Simpulan Bahasa

Image
Menangkap Gambar berdasarkan Simpulan Bahasa Assalamualikum dan hai.  Di tengah malam yang indah ini, aku bersekang mata nak karang dalam blog aku ni. Yang lain dah dibuai lena mimpi. Hmmmm, sampai berhabuk dah blog aku ni lama tak update penulisan cerita. Al maklumlah sy ni sibuk sikit dengan tugasan-tugasan lain terutama PITA sampai tak sempat nak jenguk dalam blog ni.  Baiklah, untuk blog kali ni sy nak update sesi kuliah pada minggu ke6 pada hari isi. Kuliah minggu ni Prof Dr N  bagi tugasan agak menarik untuk dilakukan oleh pelajar. Apa yang perlu dibuat oleh pelajar untuk tugasan kali ni mengenai fotografi simpulan bahasa. Mula-mula fikir nampak macam berat je tugasan ni. Tapi jangan risau, tugasan ni dilakukan secara berkumpulan. Setiap pelajar kelas sy dikehendaki menangkap 10 keping gambar bardasarkan 10 situasi simpulan bahasa.  📸📸  Kumpulan sy iaitu Jembat Produksi telah memilih 10 simpulan antaranya 1. Ringan Tangan ✔ 2. Pisa...