BBM3410/18: Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018

 BBM3410: Pesta Makanan Tradisional Melayu 2018 


Assalamualaikum dan salam sejetera semua. 

Untuk cerita saya pada kali ini, saya akan naratifkan tentang Pesta Makanan Tradisional Melayu yang telah diadakan pada 25 September 2018 (Selasa). Pesta ini bertempat di sekitar Muzium Warisan Melayu, FBMK UPM. Apa yang menarik dalam pesta Makanan Melayu Tradisonal Melayu pada kali ini, terdapat aneka juadah masakan tradisional  Melayu disediakan dalam gerai-gerai jualan. Pesta ini berlangsung bermula 8:00 pagi hingga 5 petang. 

Lagi pula, pesta makanan kali ini lebih meriah dari tahun-tahun sebelumnya. Bukan sahaja gerai jualan makanan tradisional Melayu  malah juga pelbagai aktiviti yang menarik diadakan. Boleh tahan ramai juga pengunjung yang hadir memeriahkan peristiwa pesta makanan tradisional itu. Huhuhu.

Peristiwa ini disempurnakan naib Cancelor UPM iaitu YBhg. Prof. Datin Paduka Dato' Dr. Aini Ideris datang melawati ke pesta ini. 

Ok, ni antara aktiviti-aktiviti yang diadakan sepanjang berlangsungnya pesta itu. Boleh lihat dalam poster ini.

Poster Pesta Makanan Tradisional Melayu yang di
yang diadakan baru-baru ini.

Ok, apa yang lebih menarik dalam pesta ni, ada demostrasi masakan tradisional Melayu yang dimasak oleh Chef jemputan iaitu Ybrs prof madya Dr. Muhammad Shahrim Abdul Karim.  Demostrasi masakan oleh beliau hari itu mendapat liputan siaran Tv3 serta akhbar Harian Metro. nanti saya akan memuat naikankan gambar keratan akhbar tentang ini. 
Liputan dari akhbar Harian Metro mengenai Pesta Makanan Tradisional
 Melayu di Muzium Warisan Melayu, UPM

Antara gambar-gambar saya ketika berada di Pesta Makanan Tradisional Melayu 




Begitulah peristiwa tentang pesta makanan tradisional Melayu yang diadakan. Kebanyakan makanan yang disediakan sedap-sedap. 

Gambar kenangan kumpulan saya..

Ini saja cerita tentang peristiwa. Terima kasih kerana sudi melawati dalam penulisan blog saya ini. Sekian.



Comments

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.