BBm3410/18: Mengenali Pendirian Seseorang Introvert dan Ekstrovert

Mengenali Pendirian Seseorang Introvert dan Ekstrovert


Assalamualaikum dan salam sejatera kerana sudi melawati penulisan blog saya ni. 

Untuk penulisan blog sy ini mungkin bukan berkaitan secara langsung dengan kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang sama ambil. Jadi, untuk penulisan saya kali ni adalah mengenai psikologi manusia. Saya suka baca mengenai psikologi manusia, suka dapat mengenai psikologi orang lain. hahaha 

Ok, saya teruskan matlamat menulis blog saya kali ni mengenai psikologi yang bertajuk "Mengenali Pendirian Seseorang Introvert dan Ekstrovert." Dalam kehidupan, pernah tak kamu menemui personaliti, karekter, tingkah laku, cara hidup seseorang yang anda kenal. Ya, sudah tentu la kita semua mesti hidup bergaul dgn orang lain. Tak mungkin kita hidup keseorang je dalam dunia ni. Kita hidup secara berinteraksi dengan orang lain, maka kita dapat mengenali seseorang bagaimana kehidupan mereka yang saya nyatakan tu. Juga, dalam personaliti dalam diri kita jenis yang bagaimana. 

Saya bagi definisi l apa itu personaliti introvert dan ekstrover dari segi psikologi pemikiran/kognitif (thinking), perasaan (feeling/emotion) dan tingkah laku (behavior). Jadi, perkara ni mempunyai pertalian rapat antara satu sama lain.

Mungkin la juga, ramai lagi yang kurang mengenali apa itu introvert dan ekstrovert. Menurut pakar-pakar psikologi seperti Carl Jung, seseorang yang jenis personaliti introvert sifat dalamannya secara tertutup. Berbeza pula dengan seseorang yang personaliti ekstrovert pula merupakan jenis personaliti terbuka dengan dunia luar. Secara fahaman mudah, introvert ni orang yang suka hidup sendirian (terpelihara atau mandiri). Manakala yang intovert pula suka bergaul/ bersahaja  dengan orang lain. Kedua2 sifat ni memang semula jadi wujud dalam diri kita sejak dr kanak-kanak. 

Pemikiran seseorang intovert dan ekstrovert 

Setiap antara kita pasti berbeza dari segi cara pemikiran. Seseorang yang personaliti introvert ni jenis banyak berfikir, suka memikirkan ketenangan dan menjauhi dari berlaku konflik. Mereka introvert ni juga banyak memikirkan idea, persepsi, cara2 peneyelesaian. Sebelum mereka nak cakap tentang sesuatu perkara, dia akan fikir dulu berberapa kali sebelum mengeluarkan pandangan kpd orang lain. 

Lain la orang yg pendirian ekstrovert ni jenis yang berfikir sambil bercakap. Katakanlah mereka berada di atas pentas, sifat ekstrovert  boleh sembang secara spontan apa yg terlintas dalam minda fikiran mereka. Ekstrovert ni kiranya macam talkactive dan petah bercakap la juga dengan orang lain.. 

Jadi, sebelum melakukan sesuatu, introvert dia akan fikir dulu baru buat sesuatu. Tapi yg sifat ekstrovert pula, buat sesuatu dahulu baru fikir kemudian. 

Bagaimana pula dengan tentang perasaan antara kedua-duanya?

Mesti ramai terfikir, org pendirian introvert ni jenis pemalu kerana selalu menjauhi diri dari berinteraksi dalam situasi sosial (bergaul atau bersembang dgn orang ramai). No, tidak semua orang introvert mempunyai perasaan malu teramat sgt walaupun dalam situasi tak perlu dimalukan. Mereka juga ada yang berani menghadapi dalam situasi sosial. Contoh, pergi keluar makan sorang2, layan movie di pawagan sorang2 tu tak berani ke macam aku lah..ahahaha. Jenis ni suka berjalan sorang2 sebab tak mau melayani kerenah orang lain.

Tapi tahukah anda, walaupun mereka hanya ada beberapa kenalan rapat, tapi seseorang ni mempunyai setia kawan. Dialah tempat meluahkan perasaan atau cara-cara nak selesaikan masalah. Jadi mereka introvert ni mengutamakan quality dari quantity kawan. Jangan anggap mereka ni jenis sombong ya. Mereka introvert ni boleh bergaul dgn orang baru, tapi ambil masa la sikit.

lain la pula dgn seseorang ekstrovert, mereka ni jenis tidak terlampau malu. Sebab tu lah diorang boleh bersembang atau bersaja dengan org lain walau baru kenal. Macam member akulah, baru jumpa brapa minit je, huh dah boleh sembang rancak siap gelak terbahak-bahak lg. 

Tingkah laku bagaimana seseorang introvert dan ekstrovert?

Melihat kpd tingkah laku antara keduanya, memang ada perbezaan yang ketara sekali. Dalam pergaulan dan interaksi dengan org lain memang tak dinafikan mereka banyak menghabiskan masa bersendirian. Sebab itulah dunia dalaman mereka. Contoh, kau ajak kawan yang jenis macam ni ke sesuatu majlis atau parti, tapi dia selalu menolak. Alasannya, malas nak bersosial pastu nak habiskan masa membaca di rumah je.

Lain la org jenis ekstrovert jenis cepat rasa bosan bila berada di rumah atau terperap dalam bilik. Jadi dia kan cari masa terluang bersama kawan-kawannya keluar hang-out ajak lepak atau aktiviti bersukan.

Ok, sterusnya keberadaan dalam situasi baru. Kebanyakkan introvert sebenarnya tidak suka perubahan dalam situasi baru. Jadi jikamereka diletakkan dalam situasi baru seperti pertukaran tempat pembelajaran atau suasana pekerjaan baru. Jadi dia perlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam situasi baru/.

lainla pula pula dengan orang jenis ekstrovert, dalam baru mereka pandai menyesuaikan diri. Sebab mereka sudah terbiasa  berinterakasi dalam situasi baru.

begitulah deskrip mengenai keperibadiaan imntrovert dan ekstrovert. terima kasih


Comments

  1. Betfair | Casino & Sportsbook | jtmhub.com
    Betfair offers over a thousand betting options, from European 문경 출장샵 Football League, 김포 출장마사지 to European Football 세종특별자치 출장마사지 League, to European 부천 출장마사지 Baseball, 경상남도 출장샵 to European American Baseball.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

BBM3410 Asas Grafik

BBM3410/18: Minggu 6 Tentang Resepi nasi Kerabu

BBM3410/18: Selamat Datang ke Halaman FB Saya.