BBM3410/18 Mengenali Fotografi Flat Lay
BBM3410/18 Mengenali Fotografi Flat Lay
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Penulisan blog kali ni saya akan menceritakan tentang teknik fotografi apa itu flat lay. Dalam kuliah Multimedia dalam bahasa minggu ke-5 saya telah mempelajari bagaimana menangkap gambar jenis ini. Mungkin ramai antara kita masih belum mengenali apa itu teknik fotografi Flay Lay.
Apa itu teknik fotografi flat lay?
telebih dahulu saya akan mengulas fotografi Flat Lay. dalam bahasa Malayu fotografi Flat Lay merupakan teknik mengambil gambar sesuatu objek atau benda secara tata letak mendatar. teknik fotografi flat lay mula dikenali pada tahun 1987 sehingga berkembang popular di serata dunia hingga kini.
Teknik fotografi flat lay mempunyai ada beberapa jenis seperti Flat lay, Half Flat lay, Quarter Flat lay dan Zero Flat Lay. Semasa dalam kuliah pesyarah saya Prof Dr Normaliza telah memberi penerangan bagaimana untuk menangkap gambar jenis flat lay yang dengan cara yang betul menjadi trend dalam fotografi masa kini. Ok, pertama sekali kita perlu menyediakan bahan utama/produk dan props mengikut tema yang dipilih. Sebagai contoh kita ingin menangkap gambar alat tulis, kita perlulah menyusun terlebih dahulu agar kelihatan menarik dan kreatif. Kemudian cari tempat yang mempunyai percahayaan yang baik dan kurang pantulan bayang-bayang objek.

Untuk mengambil gambar yang cantik, anda perlu menyediakan ‘background’ atau latar belakang yang cantik dan juga bersih. Seeloknya, gunakan ‘background’ yang tidak bercorak (plain) atau corak yang sangat minimum agar dapat menyerlahkan bahan utama dan props dalam gambar secara maksima.
Baiklah untuk teknik mengambil gambar teknik fotografi flat lay perlulah diambil dari sudut yang berbeza. fotografi flat lay kamera perlulah diletakan dari atas permukaan objek iaitu 90 darjah.
Manakala untuk teknik fotografi half flat lay merupakan teknik menangkap gambar pada sudut 45 darjah dari sesuatu objek. Gambar yang ditangkap pada objek tidak boleh terlalu dekat atau jauh.
Teknik fotografi quarter flat lay merupakan teknik mengmbil separuh kira-kira berukuran sudut 22 darjah darjah antara permukaan lantai dengan half flat lay.
Akhir sekali, untuk teknik fotografi zero flat lay kamera telefon perlu rapat dengan lantai dan kamera perlu mengadap sisi objek.
Comments
Post a Comment